Friday, August 29, 2008

PENGALAMAN DI SHANGHAI

Aku baru sahaja pulang dari Shanghai, China. Berada di sana dari 2 hingga 9 Ogos. Pi ikut isteri ada bentang kertas di persidangan penterjemahan antarabangsa di sana. Kami pergi tiga beranak. Suhu kat sana lebih kurang 29 darjah C pada masa ini. Tapi rasa bahang jugalah, dua hari pertama di sana, keadaan jerebu agak tebal. Membeli belah di sana, kaum wanita tentu tertarik dgn kain sutera dan kain-kain lain. Alas meja kat Nilai 3 harga RM100 lebih, sini boleh dpt dalam RM45 shj. Harga buka mulut agak mahal tapi kena pandai sgt2 minta kurang. Kat sini bila kita dah tanya harga, depa dah anggap 99% kita dah nak beli...klu tak nak beli mintalah harga murah yang kita rasa tak masuk akal, so boleh lepas. Tapi kalau nasib baik, dia beri harga yang kita minta... rasa dah murah sgtlah tu. Misalnya aku beli pen dakwat (fountain pen) mont blanc tapi bukan asli lah kan, mana mampu beli "ori". Dia buka harga dalam RMB 180.00(duit kita lebih kurang separuh RM 90.00). Tawar-menawar, aku minta RMB 15.00 shja (RM 7 duit kita)...beri aku ambil, tidak aku belah. Dia tak beri, aku belah, tapi dia panggil balik dan setuju beri RMB 15.00. Mereka akan tawar menawar dgn kita sehingga barang tersebut dpt dijual..yelah kira dia tak rugi kot. Baju "adidas" dapat harga RMB 40 dan RMB 30 tgk jenis kain..so belilah 2 helai, buat baju raya nanti.

Masalah utama ialah bahasa..tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris...tawar menawar guna kalkulator dan bahasa isyarat. Sikt-sikit tu bolehlah. Tapi sekarang mereka dah ajar subjek bahasa Inggeris di sekolah. Aku dan isteri sempat juga "mengajar" anak salah seorang peniaga telefon bimbit di sana...dia minta tolong betul kan sebutan bahasa Inggeris dan terangkan maknanya. Masalah nak terangkan maknanya ialah dia tak faham bahasa Melayu dan kami tak tahu berbahasa Cina. Ada yang boleh terangkan, ada tu bila terang susah lak nak terang. Contoh, "Great Wall" depa tak tahu, kami tak tahulah pulak Great Wall of China tu apa dlm bahasa Cina...tak ada gambar pulak dalam buku budak 10 tahun tu. Harga telefon bimbit di Shanghai kira lebih kurang samalah, malah lebih mahal sikit..mungkin original kot. Aku beli juga sebuah tel bimbit jenama China..dalam RM 600 (ringgit malaysia, mcm harga malaysia juga kot)..touch screen,dua sime card boleh aktif serentak, 2G (China belum ada teknologi 3G). Thumb drive di sini dah sampai 128 GB. Harga dalam RM 100 lebih kot, aku pun lupa. Aku cuma beli thumb drive jenama Sony 8 GB harga RMB 100 (RM 50.00). Aku tgk kat kotak tu Made in Malaysia. Kat sini aku tak jumpa pulak thumb drive or pen drive SONY...mungkin aku yang tak jumpa kot.
Masalah makan, faham-fahamlah..kami bawa bekalan dari Malaysia. Tapi berhampiran dgn hotel aku duduk aku jumpa 4 kedai makan muslim. satu tu macam org tajikistan, uzbk..or stan stan yang lain, lagi 3 org China. Malah di seberang hotel aku tinggal ada kedai jual daging mentah halal...jadi setiap hari aku makan mi dia orang. mi ni mmg sedap, mi segar...buat masa tu juga...depa dah siap uli tepong...so bila minta buat mi atau keaw teow baru depa proses secara manual...dgn tgn le. Harga paling murah, mi sup dan telur mata kerbau RMB 6.00 (RM 3.00). Order menu, tgk poster yg depa tampal kat dinding restoran. Kecil aje restoran ni, ada 5 meja makan utk 4 org duduk setiap meja.
Satu lagi yang kita patut ada spt di China ialah motosikal basikal..guna bateri. jadi kurang pencemaran dan tak perlu pakai minyak. Klu setakat nak pergi kerja dari rumah aku segambut ke INTAN bukit kiara, bolehlah. Tapi kalau dari KL, nak balik melaka, tak boleh kot. Jadi motor dalam bandar ok. Boleh berfungsi sebagai motor, dan juga sebagai basikal, ada tempat kayuh. Jika simpang-simpang kecil, aku tgk lampu isyarat hanya utk kenderaan beroda empat shj, tapi basikal dan motor tak kira merah atau hijau, redah aje. Jadi klu nak melintas walaupun lampu isyarat pejalan kaki hijau, kena hati-hati. Bayangkan, kalau kerajaan dan penguasa tempatan Malaysia mengharamkan motosikal 2 lejang di dalam bandar besar spt KL dll dan galakkan penggunaan motosikal basikal bateri ini.. mungkin juga dpt kurangkan masalah peragut dan mat rempit kot (sbb kbnykn mereka guna motor dua lejang/motor cup) dan juga kurangkan pencemaran - udara dan bunyi, serta pengguna dapat jimatkan minyak. Klu nak bermotor dlm bandar, guna motor kuasa besar atau motor bateri shjSesiapa nak pi bercuti dan shopping bolehlah ke Shanghai..Balan boleh uruskan. Visa tak mahal, single entry RM 30.00 shj. Harga pakej tentu lagi murah

No comments: